Monday, May 14, 2012

Redha dengan rezeki yang sedikit

Rasulullah s.a.w. bersabda:
Siapa redha dengan rezekinya yang sedikit, Allah akan redha dengan amalannya yang sedikit”. (Riwayat Baihaqi dari Ali)
Amalan yang sedikit di sini bermakna yang amalan yang wajib dilakukan dan tidak ditinggalkan, cuma sedikit atau tidak dilakukan amalan sunat.
Kemewahan dan kekayaan yang diberikan sepatutnya disyukuri dengan menambahkan lagi amalan dan aktiviti selain amalan fardhu seperti mengembangkan Islam.
Kemewahan dunia banyak diberikan kepada orang kafir. Orang kafir yang buat kebajikan, dibayar kebaikannya terus semasa di dunia (samada melalui kekayaan atau lain-lain kesenangan) kerana mereka akan dimasukkan ke dalam neraka. Semasa di hari kiamat mereka minta balasan atas kebajikan mereka, jawab Allah dalam firmannya “kamu telah seronok dalam dunia dulu, kamu nak apa lagi, aku telah bayar semua di dunia dulu“:
Al-Ahqaf [20] Dan (ingatlah), semasa orang-orang kafir didedahkan kepada Neraka (serta dikatakan kepada mereka): Kamu telah habiskan nikmat-nikmat kesenangan kamu dalam kehidupan dunia kamu dan kamu telah bersenang-senang menikmatinyamaka pada hari ini kamu dibalas dengan azab yang menghina kerana kamu berlaku sombong takbur di muka bumi dengan tidak berdasarkan alasan yang benar dan kerana kamu sentiasa berlaku fasik.
Dalam satu hadith Nabi berkata ” aku bimbang dengan orang yang dapat rezeki yang banyak di dunia, bimbang dia sifar di akhirat”.

No comments:

Post a Comment