Sunday, August 4, 2013

DOA JIKA BERPELUANG BERJUMPA LAILATUL QADAR


Malam ke-27..

Malam ganjil ini, paling banyak dikatakan oleh para ulama yang soleh, golongan sufi yang di muliakan, para sahabat yang diredhai Allah, bahawa malam bagi "lailatul qadr"..

Maka, jangan sesekali abaikan malam ini..

Seronok nak raya, simpan buat sementara waktu..kerana kita masih di bulan Ramadhan.. dan kita masih mempunyai 2 malam ganjil yang mungkin ada padanya "lailatul qadr"..

Maka, bermula detik ini, saat ini, marilah bersama sama kita banyakkan amal ibadat, banyakkan berdoa memohon keampunan, pengharapan kepada Allah, banyakkan solat sunat dan sujud kepada Allah, banyakkan berzikir kepada Allah..

Mudah mudahan kita dipilih oleh Allah untuk menjadi tetamu yang beruntung iaitu mendapat nikmat dan rahmat "lailatul qadr".,

No comments:

Post a Comment